Tuesday, February 9, 2010

streamyx, maids and houses...


kenapa saya dah lama tak hapdet belog?..hehe. macam la selama ni rajin sangat hapdet pun kan. sejak jumaat lepas internet tader. dah blh agak sebab nya mesti ngan modem tuh. rasa macam kena sambar petir. huhu. since wiken arituh balik umah mak, so tader la heran nak call for support. so semalam buat complaint, dan arinih, terus ok...cepat jugak servis derang eh.. owh, i use streamyx! not bad jugak derang nih. pantass...

i ada benda nak share. wiken arituh yang balik umah mak tuh, maids buat hal. i sangat tertekan dengan penipuan maid2 nih. tak tau kenapa, lately makin banyak benda baru perasan. adakah sebab maid tuh dah bekerja setaun? owh ya, maid i nih baru je di renew kan permit nya. dah setaun pun keje ngan kitaorg. so...adakah perkara biasa maid akan buat hal lepas setaun? ataupun selepas setaun di talam dua muka kan oleh maid, baru lah i menyedarinya?
hmm..ntah. malas nak fikir. nnt i kasi karang camne nak cerita kan eh...

on the other note, our Nilam Puri telah selamat disewakan. horeyyy!! dah tak sempat2 nak masuk dah tenant tuh. agreement patutnya start 15 Feb, dicepatkan ke 10 Feb. Tapi semalam dah pindah masuk pun...huhu. langsir pun tak sempat pasang balik. sewanya RM 1,200 sebulan.

haa..rumah yang kitaorg duduk skrg nih plak, tadi masa technician streamyx tuh datang, dia dah tanya2 nak sewa kan ke tak...hehe. sbbnya, memula tu i ckp nnt kitaorg nak pindah, dan i nak pindahkan line tepon ngan streamyx tu.. camne caranya etc. pastu dia tanya, nak sewakan rumah skrg ke tak..sbb dia kata kawan2 dia dalam 4-5 family cari area sini...heh...laku jugak ek kawasan nih. dia kata apartment byk, tapi derang takmo. prefer landed. yela, family kan..lebih mudah la kalo landed. tapi rega tak blh pegi jauh kut. especially kalo family yg duduk. kalo nak tinggi sket, kena kasi student. tapi takpe, tu nnt blh dibincangkan lagi...

update untuk rumah baru plak, yang syioknyaaaa... tadi i ke Majlis Perbandaran Sepang. tujuannya?..untuk mengamik sticker untuk renovation....wohoo!! so renovation can start anytime now! the only obstacle...(heh..obstacle tuh..) adalah loan tak disburse lagik. huh. so tak bleh buat pape gak la kan. now tgk persuade the owner utk kasi early occupy to the house. agent sedang berusaha bersungguh sungguh dengan memujuk owner supaya kasi kitaorg "masuk" awal. bukannya nak pindah masuk pun...nak masuk buat renovation jek...

approved!

kat mana extensionnya?...heh..


dah beberapa percubaan dibuat, tapi dia dok ckp nnt dia pikir. and for once she said, we have to pay rental!.... apakah??.. tapi mmg logik pun la kan. takkan masuk pree jek. katanya kalo i nak start renovation before disbursement, i kena bayar rental sampai la loan disburse nnt. pastu nak ikut market rate plak tuh.. agent said, market rate untuk sewa umah tuh adalah RM2,300 to RM 2,500. perghhh...tak dapat la gitu kan. pay for nothing. duduk tak. buat renovation je. sah2 duit dah kuar utk renovation, lagi mau bayar sewa. he he. idak la kut....kalo kompem blh disburse dalam sebulan, ok lagi. cuba kalo tetiba drag sampai 2-3 bulan lagi. hu hu. kompem idak la kut. so sekrg agent sedang memujuk owner itu. harap2 dapat good news...wish him luck eh...heh..

and wish us luck too!..

Friday, February 5, 2010

the bad cook


semalam i sangat marah dengan maid. mmg hangin satu badan.

about lunch hour, sebelum amik emma from her skool i sent the maid to clean up our house in Nilam Puri, rumah yang tgh kosong tuh..suh dia bersihkan sementara org belum masuk..lepas hantar dia, i pegi amik emma kat skool, bawak sekali anna dan erry. pastu terus balik rumah. sbb nak kasi erry lunch dulu. lepas erry dah makan, then emma ngan anna punye turn. so i panaskan la lauk derang...lauknya sup sayur pastu campur sosej skali. pastu i kasi emma makan dulu. i nih mmg type makan yang stok belek2 punye...well, kalo makan tuh, mmg lambattt aa...seloww giler..dolu2 my mom ckp, "terpilih-pilih. apa yang dipilih nya, tak tau lah"...hehe. and now hubby complaining the same - makan lambat. heh...

well, ada baiknya jugak. coz yesterday masa tgh suapkan emma makan, i ternampak sesuatu selain dari sayur dan sosej. i nampak lalat! owhhh goshhh. rasa loya masa tuh okayy..heeeee.. kembang je tekak rasa...terus stop kasi emma makan. ada la 4-5 sudu kut dia dah makan. nasib baik anna tak start lagi. pastu emma dok "i wanna eat more..i'm starving...". tatau nak explain camne. but when i showed her that fly, terus dia pun tak selera..

i tak paham la. macam mana lalat blh ada dlm masakan? nih bukan setakat lauk yang terdedah pastu lalat hinggap. tgk itu pun dah rasa mual. tapi nih dah siap masak sekali dgn lauk. dah jadik perisa okeh. dah sebati! hishhhh...dan agaknya tuhan nak tunjuk sbb all this while i trust her cook, kebetulan la plak i yg suapkan girls makan semalam. cuba kalo...dia yg suap. apa dia buat agaknya? is it by just buang lalat tuh, dan sambung semula makan...? eeeeee. ataupun if she really use her brain, then dia patut stop, buang dan masak lain. hmm...

mmg patutla maid selalu menjadi masalah kat majikan. bukan setakat majikan, yang bukan majikan pun sama sibuk complain pasal maid..sbb tak larat dgn perangai derang nih agaknya...derang nih tak reti la bab2 kebersihan. beribu kali dah explain dah stress kan - budak dgn kebersihan sangat berkait rapat. tapi tak paham2. takkan nak tgk kids tuh dok sepital, sakit perut, cirit birit ke...baru nak reti kut? and i wonder, adakah selama ini ianya 'perkara biasa'? arghhhh..tekanan nya! luckily she don't cook for us!

penyudahnya i bawak girls keluar pi mcD. nak masak baru dah tak sempat. nak defrost pape pun makan masa..girls dah bising kelaparan. lepas tapau something from mcD, kutip maid bawak balik. dan suruh dia masak balik.

moving forward i akan selalu spot check masakan dia...



lousy.

Wednesday, February 3, 2010

wishing for 48 hours a day....


coz i'm too beeezeeeeeee!! extremely bz! till i feel like i need more hours a day!


dan seminggu dua nih bila tido tuh rasa letih sangat2! last wiken was da max. seperti perancangan, kami akan berpindah. dengan perpindahan itu semestinya kebizian adalah sesuatu yang boleh dijangkakan...heh. selepas urusan rumah selesai with those agreements and disbursement nnt, next step adalah renovation. kami dah pilih contractor untuk kerja2 pengubahsuaian yang akan mengambil masa selama 6-8 minggu. 2 bulan di situ! dan pastinya sekarang ini kami bizi dengan membeli barang untuk renovation nanti, contohnya hob, hood, oven, fridge for kitchen cabinet, lampu, kipas, airconds and many moreee!. isnin lepas pulak kami pergi ke majlis bandaran untuk dapatkan permit untuk renovation. thanks to a fren who helped us to settle this.

nanti lepas renovation selesai, selepas tu kerja2 pindah randah...lepas tu kenduri, lepas tuh kerja2 mengemas...lepas tu cuba menyesuaikan diri dgn tempat dan keadaan baru, especially the kids..lepas tu puasa..lepas tu raya...huhuhu....dah terasa2 bahang kebizian sampai ujung taun..

dalam bizi menguruskan rumah nak duduk, tenant kat Nilam Puri pulak baru je keluar. contract derang dah tamat akhir january. and we dont have intention to renew their contract. so collected keys from them last Saturday.. tuan rumah yang amat saspen nak tahu keadaan dalam rumah tuh. gimana la rupanya... sampai sana, seb baik derang tgh bizi menyapu dan mengemop lantai. sbb derang nih jenis pakai kasut dalam rumah. masa masuk melawat masa derang tgh duduk dulu, ngeri melihat keadaan lantai di hall dan dining yang serupa keadaannya dgn jalan di koridor.

nilam puri unit..

tu yang saspen tuh bila nak collect kunci arituh. camne la rupanya kekotoran selama setahun. but since derang ada inisiatip untuk bersihkan dulu sebelum berangkat, kira ok lah. tak la nampak kotor sangat lantai. tapi ada masalah sket kat kitchen cabinet. despite some tiles yang jatuh *pelik jugak camne tiles tu blh jatuh*, ada plak crak kat tepi sinki. pelik. pi tumbuk guna lesung batu ke apa...

tiles fixed. arituh yg sebaris tiles sisi nih seme tanggal..

lepas check bills, seme dah berbayar, so kami pulangkan 2+half months deposit. they paid 3 months deposit. yg half month tuh diambil sbb nak baiki kitchen cabinet tuh. pastu ada cat2 yg tertanggal sebab derang pi lekat penyangkut baju kat dinding. then bila dia cabut penyangkut tuh, cat2 kat situ tertanggal. so kasi potong jugak di situ.

lepas dah settle urusan derang keluar, kami terus plan nak touch up mana2 yang cat rosak, dan baiki kitchen cabinet...dan cuci langsir sekali, sbb kompem setaun tak berbasuh. pastu nampak plak kotoran2 kat dinding. akhirnya dari plan asal nak touch up...dia bertukar kepada....

a fresh look!..hehe

hehehe...cat satu rumah! wohoo!...ntah apa angin tetiba hubby and i decided to give a new look to the house. sbb serious dinding dah tak cun kalo touch up je..nnt nampak berbelang2 pulak (cat baru ngan cat lama). so alang2 tuh terus kasi cat satu rumah. appoint org utk buat keje2, dan dia amik masa dua hari je siapkan fix kat kitchen cabinet dan cat rumah.

4 colors! light blue, dark blue, orange and yellow-ish...excat name tak hingat..

the 4 colors

master bedroom

third room

since dah ada aircond, so we provide stand fan je for each room

site visit from anna and mummy

dan secara tak sengaja kami telah menggunakan peruntukan yang tak sepatutnya disalurkan kerumah sewa. peruntukan yang telah di cilok dari bajet yang telah diperuntukan untuk rumah baru...huhu. nak wat camne, tenant yg duduk sebelum nih tak pandai jaga rumah. padahal rumah tu baru setaun dan derang la first tenant who occupied the house. tapi comot kemain dinding umah tuh...

takpe. yang penting walaupun kami tak duduk rumah tuh, tapi kami tau rumah tuh bersih dah skrang. after all it's our house. now rumah dah chantek dan selesa untuk diduduki oleh penyewa yang seterusnya...


owh ya! and its now open for rent....if you're interested, please email me.


A nice unit facing swimming pool and club house. Located at highest level in low rise building and equipped with:

3 rooms
2 bathrooms
3 airconds
2 water heaters
Kitchen cabinet
Full house curtains


Rental: RM 1,300


Thank you.

Thursday, January 28, 2010

Living life bold


hehehehe...yeah, it's the right time to start living life bold. walaupun agak ketinggalan, tapi layan kan je la....hehe. penat tuuu nak tunggu phone lama rosak...supaya ada alasan nak tukar blackberry. ngeh ngeh.. phone lama tuh tader la rosak kronik sgt sebenarnya. tapi dia kadang2 tuh suka2 je hang..tgh ckp nih, tetiba macam tak dgr sore orang dah...rupa2nya hang!..pastu nak tunggu dia un-hang (hehe..) punye la lamaaa...hubby ckp sbb memory penuh. i ckp....sbb nak kena tukar berry aa nih...heh..



so bila maxis hantar email recently, saying derang dah bawak masuk Bold 9700, dan kalo nak beli kena book dulu before dia release, sepantas kilat i register kan nama dan secara paksa rela meng subscribe BIS package skali..huhu. tapi mmg perlu la jugak kan. apa kes pakai berry tapi tader internet. heh.. dan sabtu lepas collect dah berry nya kat maxis center...


chrome lining...niceyyy..

Monday, January 25, 2010

not feeling well mode



lil' erry dah 14 bulan. sgt byk perangai. N.A.K.A.L! perghhh...macam jaga boy je rasa. suka rebut2 dgn kakak2nya..suka sakat kakak2 jugak. tgh elok kakak dia main, dia datang pelan2 terus snatch terus lari mencicit2. meraung la kakak2 nya... suka memanjat tak kira tempat. tgh jumpa doctor pun, dia blh panjat nya kerusi depan doctor tuh, siap katil dalam bilik doctor tuh pun dia nak panjat. tapiii bila doctor pegang je dia, tau plak nanges..hehe



dah makin byk demand nak itu ini. siap tunjuk2 lagi..kalo tak dapat harus nanges dan jerit kuat2. dah semakin byk words...her latest favourite words - "I dont"..hehehe. ni kes byk sangat dengar sistas sebut "I dont". contohnya.."i dont want to eat" "i dont want to go"..."i dont want to bath"... dan erry suka kut dgn perkataan tuh, dia pun cuba gunakan. tapi yg keluar hanyalah "I dont".. bila rebut2 barang dgn mummy, ada hati nak bawak lari henfon mummy tuh, siap tarik2 sambil ckp "i dont i dont"...hahaha. cuteness! tatau apa "i dont" yg dia nak cuba ckp..


and today, my 3 girls down with cough and flu. letih! semenjak emma sekolah nih, kesihatan derang macam tak bagus sgt. masa emma orientation arituh, ada satu boy nih dok coughing baekk punye. direct terus ke muka emma. tapi mummy nak buat apa pun kan...tgk dari jauh je lah..huhu. balik tuh, dok remind emma kalo fren cough, paling muka.."dont look at him"..huhu. dua tiga hari pastu, seperti dijangkakan dia plak cough. pastu bagi "hadiah" kat adik2nya...till now, they still coughing badly. emma macam kurang sket. tapi erry ngan anna macam teruk.


peace...hehe.

before emma start sekolah, biasanya girls demam or cough or flu once within 3 to 4 months. now baru bulan satu, dah 2 kali kena. hmmmm....dugaan betul. tapi nak buat cemana pun..tu la dia bila kids dah start pi sekolah or nursery. mmg gitu. kan? senang sgt berjangkit...perlu ke suruh emma pakai mask kat kelas?...kekeke

Thursday, January 21, 2010

The New Home Suite Home


Introducing our new...

Home Suite Home





Finally! mood sharing sudah sampai. especially when the whole purchasing process is already half done...alhamdulillah. hoping for no obstacle ahead.

Some infos on our new suite....

Type: 2 and half storey terrace corner lot

Land type: Freehold

Location: BP (bukan nama sebenar...hehe. OK camni. i prefer not to reveal it here. or maybe not for now. coz we plan to stay here. so some infos are P&C, unless we change our mind to rent it, then only i share okay? incase you know it, appreciate you can keep it to yourself. i can give only one clue - it's in one of town in Puchong. ada byk jugak town kat Puchong nih, like Bandar Puteri, Bandar Kinrara, Bandar Bukit Puchong, Bandar Nusaputra, Bandar Puchong Jaya and list can go on...so i name it "BP" as in "Bandar in Puchong" je kay...)

Price: RM 730K

Downpayment: 20% (kira sendiri2 je eh...hehe)

Loan: 80% with 40 years flexi loan

Interest rate: BLR - 2.05% (dapat yang ujung2 punye. mmg rushing hantar application on 2-3 days before banks start implementing new rate...so lucky! heh)

Bank: CIMB bank (my preferred bank. seriously. paling cepat dan senang approve! and good deal too! 3 out of 4 our housing loans are with CIMB bank).

Type: Sub sale

Original Price: RM 587K (untung besar nyonya tuh...huhu)

Rooms: 5 rooms with 4 bathrooms

Its a new house which completed last year. and its still under warranty indeed. kira OK jugak la. sbb apa2 defect masih boleh komplen ke developer...

welcome home....

foyer & living


store room

dining

kitchen

powder area. kena letak cabinet kat bawah basin tu..

go up...or down?

family area

the verandah


this room has different door. pintu dia tak bleh lock. its good tho. coz i'm planning to have this room as my home office. since i spend most of my time at home than office, so boleh buat proper "office" sket kut..and later, can be girl's study room too...perhaps a library too.


the "half storey" is meant for this room. alone. It's huge!

toilet nya dah cantik...seme toilet dah cun. takyah renovate pape lagik..tinggal tambah cabinet..and shower screen.


model kecit sempat posing lagik...huhu..




porch

walkway

backyard


hmm...nak kena buat something nih...

sceneries & surroundings from the suite...

jauh mata memandang

best!

sila jaga atap rumah anda dengan bersih. kalo tak buruk aa pemandangan kami nnt... huhu

the opposite neighbour. tgh renovation..


gambar trademark. mesti ada girls kat depan umah...hehe

wanna know why i'm sooo in love with the suite? walaupun menyedari nyonya itew mendapat keuntungan berganda2?...its because.....



its located in higher land! tanak aa macam highland tower tuh tingginya...tinggi2 gini ok sudah...heh..

breezy! very rilexing...

that's our suite!


alhamdulillah, rezeki anak2....thats all i can say. good news bout this location, just a few hundreds meter away, one international school is currently under development. it's from one famous college chain....tak bleh aa share kat sini namanya...heh... owhhh no no. bukan untuk sekolah emma. fenin la mummy kalo emma sekolah situ. private skool ok lagi. international nih...errrrr...kena kirai duit dulu. cukup tak. utk tiga orang ye. keke. i mean in terms of appreciation. harus mencanak naik...and knowing yang tak lama lagi ada lrt kat puchong, rega pun rasanya blh pegi lagi... *wink*...